Seorang anggota tentera ditemui lemas di Kampung Banggul, Pokok Sena Kedah hari ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air.<br /><br />Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan yang mengatakan lelaki tersebut tergelincir ke dalam tali air pada jam 10.14 pagi.
